Dilemma mencari parking? Parking yang disediakan tidak mencukupi ?
Isu dan masalah parking ini kerap kali timbul kepada pemilik
kenderaan. Kemudahan tempat meletak kereta
merupakan kunci utama dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu
lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengangkutan yang
sempurna dalam sesuatu kawasan. Perkembangan dan kemajuan pesat di sesebuah
kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan dengan
secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat
meletak kereta juga bertambah.
Kepentingan tempat letak kenderaan?
Penyediaan tempatmeletak kereta yang
cukup dapat memenuhi permintaan yang datang daripada para pemandu terutamanya
pada masa puncak. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di
jalanraya. Tempat meletak kereta yang tidak dapat memenuhi keperluan dan
permintaan pemandu akan menyebabkan pergerakan kereta di jalanraya akan menjadi
semakin lambat dan sesak akibat jumlah kereta yang semakin bertambah. Keadaan
ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di kawasan jalan tersebut.
Untuk mengelakkan daripada berlakunya
kesesakan lalulintas di jalanraya, penyediaan tempat meletak kereta yang cukup
adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuashati untuk meletak kereta mereka
apabila berkunjung ke sesuatu tempat.
Mengapa tempat letak kenderaan tidak
mencukupi?
·
Penggunaan
kereta persendirian yang semakin meningkat tidak dapat menampung kapasiti
kereta di atas jalan raya
·
Kurangnya
penggunaan pengangkutan awam membawa kepada kemeningkatan penggunaan kereta
persendirian
·
Pengangkutan
awam tidak diselenggara dengan baik dan kurangnya akses ke kawasan luar Bandar membuatkan
ramai pengguna mengelak untuk menggunakan pengangkutan awam
·
Kurangnya
ruang untuk penggunaan tempat meletak kenderaan
·
Caj meletak
kenderaan yang dikenakan oleh pihak tertentu terlalu mahal menyebakan pengguna
mengelak untuk menggunakan ruang yang disediakan dan meletak kenderaan ditempat
yang salah.
Cadangan ?
·
Perkongsian
tempat meletak kenderaan bagi dua gunatanah yang berlainan seperti kawasan
perniagaan dan tempat bekerja
·
Menghalang
kenderaan persendirian memasuki kawasan Bandar pada waktu kemuncak
·
Menggalakkan
pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. Dimana ianya dapat mengatasi
masalah kekurangan tempat letak kereta dan juga masalah kesesakan lalulintas.
·
Lokasi
tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan strategik dimana
ianya hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai
supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan yang hendak dituju.
·
Tindakan
yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar pemandu-pemandu
kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata tempat yang bukan disediakan
kerana ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan kemalangan.
·
Meningkatkan
sistem kecekapan pengangkutan awam dengan meningkatkan infrastukturnya dan
sistem yang disediakan lebih sistematik dan efisien.
·
Menyediakan
tempat letak kereta bertingkat dengan ini dapat menjimatkan penggunaan tanah di
samping dapat menyediakan banyak tempat letak kereta.