Tuesday 25 September 2012

OH PARKING!



Dilemma mencari parking? Parking yang disediakan tidak mencukupi ?  



Isu dan masalah parking ini kerap kali timbul kepada pemilik kenderaan.  Kemudahan tempat meletak kereta merupakan kunci utama dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengangkutan yang sempurna dalam sesuatu kawasan.  Perkembangan dan kemajuan pesat di sesebuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan dengan secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat meletak kereta juga bertambah.


Kepentingan tempat letak kenderaan?

Penyediaan tempatmeletak kereta yang cukup dapat memenuhi permintaan yang datang daripada para pemandu terutamanya pada masa puncak. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya. Tempat meletak kereta yang tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan pemandu akan menyebabkan pergerakan kereta di jalanraya akan menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kereta yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di kawasan jalan tersebut.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya, penyediaan tempat meletak kereta yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuashati untuk meletak kereta mereka apabila berkunjung ke sesuatu tempat.




Mengapa tempat letak kenderaan tidak mencukupi?

·         Penggunaan kereta persendirian yang semakin meningkat tidak dapat menampung kapasiti kereta di atas jalan raya
·         Kurangnya penggunaan pengangkutan awam membawa kepada kemeningkatan penggunaan kereta persendirian
·         Pengangkutan awam tidak diselenggara dengan baik dan kurangnya akses ke kawasan luar Bandar membuatkan ramai pengguna mengelak untuk menggunakan pengangkutan awam
·         Kurangnya ruang untuk penggunaan tempat meletak kenderaan
·         Caj meletak kenderaan yang dikenakan oleh pihak tertentu terlalu mahal menyebakan pengguna mengelak untuk menggunakan ruang yang disediakan dan meletak kenderaan ditempat yang salah.

Cadangan ?

·         Perkongsian tempat meletak kenderaan bagi dua gunatanah yang berlainan seperti kawasan perniagaan dan tempat bekerja
·         Menghalang kenderaan persendirian memasuki kawasan Bandar pada waktu kemuncak
·         Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. Dimana ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta dan juga masalah kesesakan lalulintas.
·         Lokasi tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan strategik dimana ianya  hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan yang hendak dituju.
·          Tindakan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar pemandu-pemandu kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata tempat yang bukan disediakan kerana ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan kemalangan.
·         Meningkatkan sistem kecekapan pengangkutan awam dengan meningkatkan infrastukturnya dan sistem yang disediakan lebih sistematik dan efisien.
·         Menyediakan tempat letak kereta bertingkat dengan ini dapat menjimatkan penggunaan tanah di samping dapat menyediakan banyak tempat letak kereta.



2 comments:

  1. atudia..
    miss...nice issue yang anda ketengahkan.. hopefully u can become a fine urban planner in the future. n please.. create a better future living for humanity

    ReplyDelete
  2. teruskan .isu ini sudah lma dipedebatkan mana tahu anda boleh memberi nafas baru!

    ReplyDelete